Friday, December 9, 2011

ANAK ANAK KU SAYANG

Salam sayang baby-baby Mama Ita..
Hari ini, Jumaat, 09 Disember 2011.
Ma Ta (Mama Ita) rindukan Farisya, Filzah dan Haziq..
Terima kasih kerana menceriakan kami semua.
Kehadiran kamu sebagai generasi ke-3, sangat menceriakan..
Tawa dan nangis kamu, pemecah kesunyian kami..

Mama Ita sengaja menulis entri ini.
Kelak bila kamu semua sudah besar, ada sesuatu yang Mama Ita tulis untuk kamu bertiga..
Mungkin apabila sampai ketika kamu bertiga membaca ini, Mama Ita hanya mampu menyampaikan melalui nukilan ini sahaja..

Farisya, Filzah dan Haziq..
Meskipun hanya bergelar ibu saudara kamu, tapi Ma Ta sudah anggap seperti anak-anak sendiri..

Di sini, Ma Ta mahu coretkan bahawa bertapa ibu-ibu kamu yakni akak-akak Ma Ta begitu berusaha untuk kamu..
Ibu-ibu kamu sedaya upaya untuk memberikan apa yang tidak pernah mereka dapat dahulu disepanjang masa mereka seusia kamu..
Ma Ta sangat terharu melihat usaha ibu-ibu kamu..
Apa yang mereka tidak pernah rasa dahulu, tetapi demi kamu, mereka cuba usahakan demi memberikan yang terbaik untuk kamu..

Jika dahulu hanya mampu pakai lampin kain yang mungkin digunakan bergenerasi..
Kini lampin pakai buang untuk kamu..

Jika dahulu hanya mampu bergantung kepada susu ibu dan bubur nasi..
Kini susu tepung dan nestum untuk kamu tidak kelaparan..

Jika dahulu tin-tin kosong, daun-daun pokok dan batang kayu dijadikan alat mainan memasak..
Kini mereka mampu membeli set mainan memasak untuk kamu..

Jika dahulu mereka hanya mampu menyimpan kehendak mereka..
Kini mereka berusaha mendapatkan apa yang kamu mahu..

Jika dahulu sepak dan terajang 'makanan' mereka..
Kini mereka berusaha mendidik kamu dengan penuh kelembutan dan penuh kasih sayang..

Jika dahulu baju dan seluar lusuh menjadi pakaian harian..
Kini mereka usahakan pakaian yang cantik-cantik untuk kamu yang comel pakai setiap hari..

Jika dahulu mereka diajar untuk menyimpan air mata dan menangis sendirian..
Kini mereka sentiasa cuba ada disisi kamu di saat suka dan duka..

______________________________________

Terlalu banyak yang Ma Ta ingin coretkan.. Namun, cukup perkara di atas untuk Ma Ta menyatakan bertapa mereka berusaha untuk keselesaan dan kebahagiaan kamu.. Itulah perubahan yang ibu-ibu kamu lakukan demi kesenangan kamu, generasi ke-3 kami.. Dan Ma Ta juga akan lakukan yang sama jika Ma Ta berada ditempat mereka..=)

::::Lakukan perubahan hidup demi kesenangan generasi seterusnya::::

Friday, December 2, 2011

SEDIH

Tidak. Tidak sedih.
Cuma sayu.
Sedikit sahaja.

Kenapa?
Kerana ketika itu, ada sayang.
Kerana ketika itu, belum waktunya bersama.
Kerana ketika itu, dua hati ada halatuju.
Kerana ketika itu, bahagia yang abadi masanya belum tiba.

Sungguh.
Bahagia ada.
Namun, mungkin ini bukan masanya.
Atau mungkin, ini memang penghujungnya.

Redha.
Jika memang aku bukan dicipta untuknya, aku redha.
Kerana bahagia seketika itu sudah cukup bagiku untuk merasakan hatinya.
Jika memang aku rusuk kirinya yang hilang, Tuhan ku, bantulah dia mencari rusuknya itu.
Kerana Tuhan menciptakan Hawa daripada rusuk kiri Adam.
Bukan dari kepala untuk menjadi atasnya, bukan dari kaki untuk menjadi alasnya.
Ia dari rusuknya, dekat dilengan untuk dilindungi, dekat dihati untuk disayangi.

::::________________::::

1.

Wednesday, November 30, 2011

LADIES, SILA BERHATI-HATI

Ini aku nak kongsi satu cerita. Kita sebagai wanita, perlu sentiasa peka dengan sekeliling kita. Ini penting untuk keselamatan diri. Siapa lagi yang nak bantu lindungi kita melainkan diri kita sendiri? Kita dikatakan insan yang lemah (fizikal). Oleh itu, kebanyakan mangsa bagi manusia rakus adalah dalam kalangan wanita. Kita kadang-kadang mudah terdedah dengan pelbagai bahaya. Menakutkan. Sekarang ini macam-macam kes boleh jadi. Ok, tak nak cakap banyak, nak kongsi cerita sedikit.

Petang tadi, selepas kumpul data yang diperlukan untuk satu esaimen group ni aku pergi la lepak kat sebuah pasaraya ni seorang diri. Aku lepak sebab nak menunggu rumet aku. Kemudian aku usha-ushalah kedai-kedai kasut kat situ. Ada satu kedai kasut ni baru sahaja di buka sebab aku tak pernah nampak pun sebelum ni.

Disebabkan harganya yang murah, aku usha-ushalah kasut kat situ. Nak beli kasut biasa untuk dilanyak pergi kuliah. Tengah aku duk usha-usha n test kasut tu, datanglah seorang pekerja lelaki kedai kasut ni. Muka hensem gak, lingkungan 20an, dari Kelantan berdasarkan dialek dia bercakap dengan aku tapi muka macam baik tak baik memandangkan dia memakai rantai silver err ape ntah tak reti la nak cakap(ok, ini hanya pandangan mata).

Tengah duk usha-usha kasut, dia duk puji, "Saya xpernahlah tengok orang test kasut cantik", yang aku faham dia puji kasut tu cantik. Then aku balas, "Amboihh, manisnye mulot..", sambil senyum-senyum kat brader tuh. Ala, biasalah ayat mengayat gades2 untuk membeli lew tew. Gile la nak caye. "Eh, mane ade manis..Xde gula kat mulut kite," kata dia. Aku pun balas, "Ambik la tebu kasi manis mulut tu", sambil memberikan senyuman maut, sengalnye aku jawab merapu. Hahaha!

Ok, dipendekkan cerita. Lepas da berkenan dengan kasut-kasut ni, aku try la tanya brader tu, "Beli 2, xde diskaun ke bang?", waicehhhh! Aku panggil abg. Geli siottt. Abg kandung pun aku panggil name manje je-,.-. Tapi mau dapat diskaun, xde hal la..Hahahaha! Biasala, orang perempuan. Ehem. Ok, balik kepada topik,

"Kite bagi RM35," kate brader itu. Aku tanya balik dia, sepasang berapa harganya. Tapi dia jawab, "Kite bagi RM30 lah 2 pasang," wah..aku apa lagi, gembiralah dapat lagi kurang. "2 pasang RM30 kan bang..?Ok lah, saya ambil 2," saja aku mematikan harga yang ditawarkan. Aku pun hulurkan la 2 pasang kasut tu kat dia. Masa ambil tu, dia tersentuh tangan aku. Aku tak pasti samada dia sengaja atau tidak. Dia dengan gurau gediknya berkata, "Ala, batal air sembahyang kite," sengalnye dia. Lalu aku membalas, "Ala, pegi jela toilet g ambik wudhuk-,.-," balas aku melayankan gurauan basi brader tu. Tapi yang tak boleh blah tuh mase dia bagi bungkusan kasut tu balik kat aku. Tangan kanan dia hulur bungkusan tu, pada masa sama tangan kiri dia pegang tangan aku masa nak ambil. Perghhhh, giler gatal brader nih. Aku cepat-cepat ambil bungkusan tu , ucap terima kasih then terus blah tanpa tengok dia.

Bukan aku tak marah. Mestilah. Rasa nak saja kasi penampar. Cuma aku tetiba terfikir takut kena pukau. Setahu aku pukau tu boleh dibuat dengan macam-macam cara dan antaranya adalah melalui sentuhan. Sebab tu aku terus blah cepat-cepat tanpa tengok pun kat dia. Serius takut. Takut lah kan mana tahu orang ada niat jahat kat kita. Biasanya kita dengar cerita orang lain. So, kita yang dah tahu ni patut ambil tindakan awal dan berjaga-jaga sebelum terlambat. Kadang-kadang, kita tak terfikir pun yang orang tu boleh pukau kita dengan cara itu. Manusia sekarang ni da bermacam-macam jenis. Macam-macam taktik digunakan untuk mencari mangsa. Lebih membimbangkan sasaran mangsa kebanyakkannya daripada golongan wanita.

So, nasihat buat wanita-wanita, gadis-gadis dan perempuan-perempuan di luar sana adalah sentiasa lah berwaspada dalam apa jua keadaan sekalipun demi keselamatan kita.. Ok, chow. Adios. Berambus.

Tuesday, November 29, 2011

DOA

Doa ku buat kamu,
Insan-insan yang ku sayangi..

Di kala susah, ada yang menghulur..
Di kala duka, ada yang menghibur..
Di kala sepi, ada yang meneman..
Di kala sakit, ada yang mengubat..

Ku doakan yang terbaik untuk kamu semua..
Maaf aku tidak sempurna..

:::Tuhan, lindungilah semua kesayangan ku ketika ketiadaan ku..Amiin..:::

BENCI

Pergi.
Pergilah kegelapan dalam diri.
Aku benci kau.
Puashati bukan?
Ini yang kau mahu.
Mahukan aku jadi milikmu.
Ambil aku. Bawa pergi semuanya.
Biar semua benci aku. Kau seorang sahaja dengan aku.
Sampai mati.

:::Sampai mati aku bukan milik kau:::

LANGIT SUBUH

Terhenti ia tika itu.
Di saat genting, aku perlu untuk melawan.
Di saat hampir ku mampu melemparkan semua aura gelap dalam diri.
Ia pergi.

Peluang.
Mungkin tiada.
Hati menangis, tiada guna.
Biarkan saja ia berlalu.
Mungkin ini takdir ku.

:::Perlu kerap diatas tikar sejadah:::

JODOH

Itu kerja Tuhan.
Siapa kita mahu melawan.
Kita hanya merancang, Dia yang tentukan.

Bodoh.
Memang jodoh di tangan Tuhan.
Usaha, berdoa dan tawakal didahulukan.
Bukan terus mengharapkan ketentuan.

Bangang.
Jodoh di tangan Tuhan.
Baru bercinta macam sudah kahwin.
Ada hati minta keredhaan.

::::Manusia kadangkala lupa::::

CAHAYA

Tenang.
Hati ku tenang begini.
Cahaya itu mampu memancar juga ke dalam hati.
Walau jauh jaraknya, cahayanya sampai.

Mungkin.
Mungkin cahaya itu bisa aku sentuh.
Namun bukan dengan sentuhan jari-jemari.
Ia perlu dirasai melalui sentuhan hati.

Namun,
Di kala kegelapan malam, cahaya itu pergi.
Mahu saja aku tangkap cahaya itu.
Simpan ketat-ketat dalam peti.
Biar apa jua, cahaya itu ada disini.

::::Dah mula dah merapu2-,.-::::

Tuesday, November 8, 2011

CINTA GHAIB

Ku tahu..Diri mu amat menyayangi ku..

Enggan melepaskan ku..Namun kau harus tahu..

Kita tidak mungkin dapat menyatu..Kerana dunia kita adalah berbeza..

Pergilah di kau wahai kekasih gelap ku..Hentikan cengkaman mu dari hidup ku..

Aku tidak bisa memberi hati dan jasad ku pada mu..Kerana sudah tertulis kita tidak boleh bersatu di alam nyata..

:::Kadangkala ia seakan dongeng kerana tidak masuk dek akal yang waras:::

Sunday, September 11, 2011

Dapur Orang Bujang - Ikan Bakar dan Air Asam

PERINGATAN! Entri ini disediakan khas oleh orang yang bukan pakar dalam memasak seperti Chef Wan tetapi boleh memasak untuk warga bujang yang dah bosan hari-hari asyik menghadap makanan megi segera, makanan beli kat luar dan yang sewaktu dengannya. Di sini ada menyediakan resepi mudah untuk dicuba dengan bahan-bahan yang mudah disediakan juga sesuai dengan keadaan dapur bujang. Diharapkan entri ini sedikit sebanyak mampu membantu memberi cadangan resepi mudah untuk orang-orang bujang diluar sana^.^. InsyaAllah..

BAHAN-BAHAN (3-4 orang makan)

IKAN BAKAR:

2 ekor ikan kembung (apa-apa ikan yang disukai pun boleh),

bahan-bahan kisar/tumbuk (dengan lesung batu):-
10 biji cili kering (digunting dan direndam dengan air panas atau suam untuk lembutkan cili dan kurangkan bijinya)
3 biji Bawang putih
5 biji Bawang merah
1 sudu kecil serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa

*Bahan-bahan tersebut adalah disediakan mengikut citarasa sendiri memandangkan CBR bukan pakar seperti Chef Wan Ia boleh disediakan dengan menumbuk bahan-bahan menggunakan lesung batu ataupun dengan mengisar dalam mesin pengisar. Sekiranya ingin menggunakan kaedah mengisar, sila masukkan sedikit air kosong untuk melancarkan proses pengisaran. Bagi CBR lagi suka tumbuk bahan-bahan dengan lesung batu kerana ia menghasilkan aroma ikan bakar yang lebih sedap berbanding ia dikisar dan rasanya juga lebih menyelerakan.

CARA-CARA

1. Kisar atau tumbuk bahan-bahan tadi dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.
CBR tumbuk je dengan lesung batu..

2. Gaulkan bahan-bahan tadi dengan ikan-ikan yang disediakan. Kemudian perap di dalam peti dalam 30minit.

3. Gunakan aluminium foil dan sapukan sedikit minyak masak dipermukaannya. Untuk lebih enak, letakkan daun pisang di atas aluminium foil dan barulah sapukan sedikit minyak di permukaan daun pisang.

4. Letakkan ikan-ikan yang diperap di atasnya dan kemudian tutup daun pisang dan foil tadi.

5. Bakar dengan menggunakan api kecil sehingga kedua-dua bahagian ikan masak.

AIR ASAM:

4 sudu besar asam jawa
Secawan air panas @ air suam
3 biji cili api @ padi
4 biji bawang merah
Gula secukup rasa

*Kuantiti bahan-bahan boleh diubah mengikut citarasa.

CARA-CARA

1. Rendam asam jawa dengan secawan air panas (lebih elok) atau air suam ke dalam sebuah bekas dan dapatkan air asam yang pekat dan campurkan gula secukup rasa. Kemudian tapis.

2. Hiris atau potong kecil-kecil cili-cili dan bawang. Kemudian campur ke dalam air asam tadi.

3. Siap dihidang bersama ikan bakar untuk dimakan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng3x...Ikan bakar yang Cik Bunga buat untuk makan tengahari. Dah siap pun..

Ha..Ni air asamnya..
P/S: Sangat best bila dimakan bersama nasi panas..Pergghhh.....

:::SELAMAT MENCUBA resipi Cik Bunga Ros yang tidak seberapa ini^.^::::::

Monday, August 1, 2011

The Broken Wings..

Can't you see my eyes?
It shows the pain that I feel inside..
Whenever I try to spread my wings and fly away..
I fall to the ground..
Breathless and hopeless..
Because the wings already broken..

:::Kadangkala kita cuba terbang pergi tetapi tidak mampu kerana sayapnya telah patah. Maaf dengan ayat mat salleh berterabur-,.-:::

Monday, June 27, 2011

30 Tentang Wanita

Dulu aku suka copy nasihat2 daripada internet untuk dijadikan bahan bacaan tatkala buhsan. Yang ni aku tak ingat nak copy URL page yg aku ambik tapi rasanya da berlambak pun senarai 30 Tentang Wanita ni kalau searcg kat Google. Ok la, daripada berhabuk2 dalam external disc aku tuh, ape kate aku share gak kat sini.... Yang mana dah tau tu duk diam2 taw. Ehem. Ni untuk yang belum tahu lagi..Kat tepi tuhh aku bagi komen aku tentang pendapat aku kat fakta tu.Ehehehehe..

30 TENTANG WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (Betul)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (Betul)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). (Betul)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (Betul)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! (Err...xmo komen, malu2)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. (Tak jugak...Kalo aku lah org puji xbertempat aku jadi naik menyampah ade la..tapi kalo puji betul i senyum lebar jek. Ehem.)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. (Betul)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. (Betul2)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (Err..kadang2 ada betulnya..)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. (Sape yg suke org kate die tu xbergune??-,.-)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (Ikut situasi.)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (Hahahaha...betul kot-,.-)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. (Depends kepada jenis perwatakan girl la. Kalo aku, org senyum tuh bese r xde makne ape pon unless dari someone special. Ehem)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. (Ada baiknye macam ni untuk kenal hati pewot, jantung, limpa bla bla bla...)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (Yup, tapi kalo aku xlayan langsung sebab takut orang tu mengharap dan aku mmg xbrapa pandai dan xsuka nak bagi alasan untuk tolak hati org takot depa sakit ati..takut sgt-,.-)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. (Betol2 *macam Upin Ipin)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri! (Yup, baik tanya direct)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (Hehehehe..Malu2 =”>)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (Hahaha..xjuga, yg penting tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan dari hati dan bukannya hangat2 taik ayam yg mana kalo dah dapat dibiorkan je. HampehhhT.T)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. (Betul juge...xsame kelas pun kalo tgok gambar dia ramai2 mesti cari gmbar si dia dulu..hehehehe..)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya! (Sudah tentu =)

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (Betul lah!)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (Yup..hanya kwn yg betul2 rapat dan boleh aku percayae je baru aku cerita pape hal aku..tapi kalo xde sape2 tuh yg selalu menangis sorang2 tuh sebab pendam sendri. Whoopps!)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (Tau xpe. Serabut je. Nak2 kalo lelaki tu lelaki yg dia minat, mmg sakit ati la gul tuh)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (Totally agree)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (Yup..)

27. Senjata wanita adalah airmata! (Untuk certain girl yg mengada2. Saye tak2-,.- mane de, i nangis kat belakang2 je..tapi kalo terkuar gak depan2 tuh mate i gatal masuk habuk=p)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (Yup, surprise yg membahagiakan je..bukan surprise yg mengejutkan hati, jantung dan limpa..contohnye tetibe nk mintak breakup or tetibe nak g kuar jumpe ex='( )

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… (Err...tak juga. Maybe ade certain2..)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (Setujulah!).

So, buat jejaka2 hottzz diluar sana yang mahu memikat gadis yang terpahat dalam hati tu tunggu ape lagi??;) Selamat berjaya!

Friday, June 24, 2011

Bukan Bunga Bintang Kejora

Bukan itu diri ku
Kerana aku tidak se gah namanya
Aku hanya bunga biasa

Diri ku hanya umpama bunga mawar
Mekar harum jika elok dijaga
Namun bisa layu jika terabai

Duri ku pelindung dari onar
Agar diri ku terpelihara
Usah disentuh andai takut jari mu terluka

Cantik dipandang, namun rumit dijaga
Jika aku hanya meremehkan
Usah ditanam diri ku di laman taman

Jika mahu kuntum ku segar memekar
Bajailah aku, siramilah aku, cahayakan aku
Kerana aku bunga biasa yang perlu itu

Diri ku hanya umpama mawar
Yang tumbuh di muka bumi Allah
Bukan bunga di bintang kejora.

Saturday, June 18, 2011

Erkhh...

Tak jadi tukar URL blog nih, da tukar balik kepada asal memandangkan da ramai kawan2 tau alamat URL nih-,.- hehehe.. http://www.zitainra.blogspot.com

Tuesday, June 14, 2011

PELIK KE BILA KITA TERLEBIH MEMINATI SESUATU?

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Setiap manusia juga mempunyai sesuatu yang menjadi kesukaan dan minatnya. Mungkin fanatik terhadap sesuatu. Begitu juga aku. Kadang2 orang rasa kita ni pelik sebab suka sesuatu yang pelik. Mungkin kot. Macam aku, aku sangat suka melihat sesuatu yang lutsinar (jernih) atau separa lutsinar (agak fanatik jugalah). So, aku mudah tertarik dengan sesuatu benda tuh mungkin sebab ia lutsinar dan cantik bagi aku. Suka sangat sebab ia jernih, nampak bercahaya dan menarik. Bagi aku la.. Mungkin ada yang kata pelik, mungkin sebahigian kata tak kisah. Well, setiap orang ada pendapat tersendiri. Di sini aku nak share sikit benda2 lutsinar yang aku suka. Jommmm.

1. Batu kristal dan lain-lain batu permata.

2. Guli dan batu kaca.

3. Gula-gula dan jeli.

4. Jem.

5. Syampu rambut, syampu badan dan sabun.

6. Jel rambut.

Hah...Ni antara contoh benda yang boleh menarik minat aku dan aku rasa cantik disebabkan ia bersifat lutsinar atau separa lutsinar. Kalau ikutkan banyak lagi dan mungkin bagi korang ia nonsense. Contohnya gigi zip yang lutsinar pun aku rase cantik-,.-. Well..setiap orang ada minatnya yang tersendiri kan? Cuma kadangkala ada yang tak masuk akal. Hehehe..Ini lah dunia, macam2 manusia ada. So, apa lak yang korang minat/suka (fanatik)?

Uniknya CHESS

Chess merupakan permainan kegemaran aku, tetapi jarang nak main sebab jarang kawan2 aku yang tahu main chess. Biasanya permainan chess ni akan bertukar jadi permainan dam aji sebab tu aje yang kebanyakan kawan2 aku tahu untuk bermain-,.-. Aku tak terer pun main chess, tapi aku suka chess sebab ia unik bagi aku.Aku ingat lagi masa kat asrama aku dulu punyalah gatal tangan nak main chess kebetulan aku ada satu set chess yang aku bawak dari rumah ke asrama tapi board dia dah rosak agak kuciwa la. Tapi naseb baik la tikar getah kat bilik aku tuh berpetak2. So, aku ape lagi aku ambik la tape kaler hitam dan wat macam ala2 petak chess.

Gambar ini sekadar ilustrasi.Lebih kurang camni la rupenye yang aku wat tapi betul2 kat tengah2 tikar getah tu.

Sekarang aku ada satu chess set kristal biasa (aku sangat suka barangan yang lutsinar atau separa lutsinar) tapi jarang main jugak sebab tak ada kawan yang nak main. Dapat pegang2 chess aku ni pun jadi la..Selain menguji minda untuk mengatur strategi bagi mengalahkan lawan, ia juga unik kerana bentuk buah2 dan papannya boleh dalam pelbagai bentuk yang menarik dan juga boleh dijadikan hiasan mewah malah sebagai hadiah. Ada yang bentuk rumah, burung dan macam2 lagi. Tak percaya? Jom kita lihat koleksi gambar2 chess yang menarik di bawah ini;) (sumber diambil dari Google image=p).

1.
LED CHESS SET

2.

AIR CHESS SET

3.
BRENT BLAKES ELECTRIC CHESS SET

4.
CELESTIAL CHESS SET

5.
HIGH OCTANE CHESS SET

6.
MONEY CHESS SET

7.
ENDANGERED PARROTS CHESS SET

8.
VIGAR CHESS SET

9.
STUART MCFARLANE CHESS SET

10.
WHITEREAD MODERN CHESS

Ha..macam2 ada..uih, kalo ada buah2 chess diperbuat daripada emas dan platinum pastu boardnya lak diperbuat daripada kristal pergghhh.....bapak kaye..ok la, itu saja yang aku nak kongsi setakat ni.. Banyak lagi bentuk chess yang lagi menarik kat luar sana tuh.
Ape susah, taip je kat google image;) macam2 ade..

Saturday, June 11, 2011

KEM BERTERUSAN PALAPES

Gambar2 kenangan bersama dak2 skuad aku;) Tapi xbyk pun gambar2 dengan diorang -,.-

Monday, June 6, 2011

Aku dan Makcik Cleaner

Pagi tadi tengah duduk mengemas, aku terfikir manalah la nak letak stok gula pasir + teh Boh+ Majerin aku nih yang xhabis. Nak bawak balik umah, barang dalam beg macam penuh. Then, keluar bilik jap usha2 la mana la tau ada mak cik cleaner lalu-lalang nak mintak beg plastik hitam nak wat bungkus barang2 yang dah packing nak susun satu tempat.

Maka lalulah seorang makcik cleaner warga indonesia yang memang aku selalu nampak dia yang bersihkan kawasan ni. Lalu aku pun meminta 2 beg plastik hitam kat makcik tu. Mesra gila makcik ni. Kemudian da sampai bilik baru aku terdetik apa kata aku bagi ja stok aku nih kat makcik tadi.

Then, aku bergegas keluar membawa beg plastik berisi stok gula pasil n lain2 tuh mencari makcik tadi. Pusing-pusing cari, ada pun. Aku menyapa makcik tadi, " Makcik nak tak stok gula saya ni?", dengan senyum lebar dan kegirangan makcik tu kata, "Mau nak, mana tidak mau orang memberi," aku agak sedikit kagum dengan kata-kata dia sebab dia sudi terima dengan hati berbunga-bunga.

Lalu aku pun memberikannya kepada makcik itu dan makcik berkata, "Terima kasih ya nak, moga dipanjangkan rezeki," aku yang mendengar agak terharu bercampur sayu sebab dah la makcik tu sudi terima dengan hati berbunga-bunga macam dapat hadiah malah mendoakan aku atas pemberian aku yang tak seberapa ini..

Moral yang aku nak bagitahu adalah sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Kadang2, benda yang kita dapat tapi kita tak nak itu merupakan rahmat bagi orang lain kalau dia dapat..Cuma kita kadang2 tak bersyukur dengan apa yang kita ada..malah suka merungut-rungut yang ini tak cukup, sana tak cukup.. Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. InsyaAllah..

Berdiam Diri

Kadangkala..
Berdiam diri itu lebih bermakna daripada berkata-kata,
Memandangkan tidak semua orang sudi mendengar kata-kata kita..

Kadangkala..
Berdiam diri itu bukan bermakna mengundur diri,
Tetapi memberi ruang dan waktu mengumpul kekuatan diri..

Kadangkala..
Berdiam diri itu mampu menjernihkan keadaan yang keruh,
Apabila berkata-kata itu hanya menyakitkan dan melelahkan..

Kadangkala..
Berdiam diri itu memberi ruang kepada pihak yang lain untuk berfikir,
Apabila sesuatu perkara tidak mampu digambarkan dengan kata-kata..

Dan bila seseorang itu memilih untuk berdiam diri
Sudah tentu mempunyai sebabnya sendiri
Berilah ruang dan waktu kepadanya untuk menyendiri
Kerana kadangkala berdiam diri itu adalah antara pilihan kepada haluan diri..

:::Kadangkala, berdiam diri itu adalah lebih baik:::

Sunday, June 5, 2011

Ketakutan Diri

Salam semua. Hari ini aku ingin menyatakan betapa aku sangat bimbangkan pada masa depan.. Pada diri aku dan keluarga.. Sekarang ni terlalu banyak perkara menakutkan yang berlaku.. Macam-macam kes yang terpapar di dada akhbar sehinggakan aku tak sanggup nak tengok pun akhbar mahupun membacanya.. Hampir setiap hari semua itu menjadi tatapan utama para pembaca..Kes pembunuhan, pembuangan bayi, penzinaan, remaja rosak akhlak, gosip artis dan macam-macam lagi yang menakutkan dan menjengkelkan.. Seolah-olah tidak ada perkara yang baik dalam masyarakat kita yang boleh disajikan kepada para pembaca..

Jarang sekali kita disajikan dengan hal-hal yang bersifat kemanusiaan.. Bagi aku, sesuatu media tidak kira media elektronik mahupun cetak perlu juga menekankan aspek budaya baik yang boleh dicontohi memandangkan negara kita hari ini kerap dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial yang menakutkan dan kian meruncing terutama dalam kalangan remaja..

Mengapa tidak media cetak iaitu suratkhabar memaparkan kejayaan remaja melayu kita dalam apa jua bidang bermanfaat sebagai paparan utama supaya menjadi contoh kepada anak-anak muda zaman sekarang tetapi memilih untuk mengambil cerita remaja yang rosak akhlak sebagai tatapan utama? Kenapa tidak akhbar memilih cara-cara untuk mengharmonikan rumahtangga atau memaparkan sebuah keluarga yang bahagia dan juga rahsia kebahagiaan keluarganya kepada umum tetapi memilih untuk memaparkan cerita penceraian dan krisis rumahtangga terutama tentang golongan artis? Kenapa tidak menjadikan cara didik anak-anak sebagai tatapan umum tetapi memilih untuk memaparkan cerita anak-anak remaja yang rosak akhlak sebagai bacaan utama?

Semakin jarang kita lihat akhbar melayu kita hari ini yang menjadikan paparan-paparan contoh yang baik sebagai tatapan utama pembaca. Ya, mungkin ada tetapi tidak banyak. Mungkin juga untuk meraih pembelian akhbar dan menjadi akhbar no. 1 pilihan negara menjadi penyebab media cetak berlumba-lumba untuk memaparkan cerita-ceritta 'terkini dan sensasi'. Aku tau, sapalah aku untuk bersuara.. Atau mungkin aku sahaja aku yang berfikiran begini tetapi tidak bagi orang lain.. Apa-apa pun ini adalah sekadar coretan untuk berkongsi mengenai apa yang aku rasakan.

Serius aku kata, kadang-kadang aku tak sanggup pun nak baca akhar Harian Metro. Nak pegang pun takut dek kerana cerita 'sensasi' yang dijadikan paparan utama di dada akhbar. Perkara pertama yang bermain difikiran aku lepas baca aku akan terfikir macamna lah keadaan zaman anak-anak aku akan datang (terlalu jauh berfikir -,.-) kerana zaman aku ni pun dah terlalu mencabar bagi aku. Risau dan sangat takut tak mampu nak jaga bakal anak-anak aku (kalau sempat la=p). Sampaikan aku pernah berdoa minta Allah ambil nyawa aku lebih awal if aku tak mampu hadapi cabaran masa depan.. Nauzubillah...Teruk betul aku nih.. Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanya buat yang terbaik untuk kesejahteraan keluarga aku dan mendoakan kesejahteraan keluarga juga insan-insan yang tersayang dan sahabat taulan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

Monday, March 28, 2011

Cik Bunga Jadi Model??

Assalamualaikum wbt. Hahaha..Konon la kan..Berangan je lebih;p. Wah, dah lama aku tak update blog nih. Oklah, baru-baru ni aku ada menyertai suatu pertandingan iaitu Beauty Contest tajaan Avon yang berlangsung pada petang Jumaat yang lalu iaitu pada 25 Mac 2011 di Pesta Konvokesyen UTM kali ke-46.

Actually, aku tak tahu menahu pun pasal menda nih tapi ex-rumet aku dulu, Wani yang ajak aku join. Aku ni pun kebetulan minat menda-menda camni, apa lagi join je la. Dulu ada jugak berangan nak jadi cover girl tapi kriteria xcukup kot=p Muka biasa-biasa jek dan tinggi lak cukup2 je. Takpe, xdapat jadi cover girl jadi model orang makeup pun jadi la kan2? Menang atau kalah belakang kira yang penting berani mencuba. Wani ni jadi jurumekap dan aku jadi modelnya.

Walaupun dapat no. 4, lepas habis contest tu ramai juga yang puji hasil keja Wani ni. Tengokla kan sapa model dia kan2.. Ehem. Ada juga yang cakap hasil makeup Wani lagi cantik berbanding pemenang contest. Ala, xkisah la kan..Rezeki masing-masing. Aku sendiri sangat suka hasil kerja Wani ni. Bagi aku dia telah makeupkan aku dengan cantiknya. Bagi aku la.. Hahaha.. Ok2, kat bawah nih aku nak share beberapa gambar hari tu..Manalah tau ada penerbit majalah ushar2 sini ke kan2..Pastu mau ambik aku jadik cver girl ke..Hahaha!! Berangan je =p Ok, jom tengok bawah..Yeahh....

Ha..Ni lah hasil tangan Wani..

Me and Wani si jurumekap yang tecik comeyy;)

Ada rupa macam nak bertunang x??=p

Ha..Itulah antara beberapa gambar yang aku ambik hari tu.. Dah macam rupa pengantin pun ada..Yang tak tahan tu, lepas habis contest aku ngan Wani ni pegi la jalan-jalan kat pesta konvo tu. Ada gak abang-abang yang sibuk duk usha-usha. Yang tak boleh blah tu masa aku pegi beli air kat sebuah gerai ni. Abang jual air tu tanya nak kahwin ke ni? Aku pun jawab tak jadi nak kahwin sebab pengantin lelakinya lari (Mr. Lightz tak mai hari tu, dia tertido tu yg aku kata pengantin lelaki lari. Ehem). Pastu abang tu cakap dia sanggup jadi pengganti. Kah kah kah.. Siyot jek...

Hah, tak habis takat tu je.. Lepas tu kitorang balik la ke bilik Wani dulu.. Kebetulan si Wani ni tengah berjinak-jinak menjual selendang.. Maka dengan itu dia pun minta tolong jadi modelnya.. Alang-alang dah bermakeup tu, aku pun layankan je la.. Bantu kawan;) lagipun tak sia-sialah hasil Wani tu. Maka jadilah aku sebagai model selendangnya pulak.. Again, tak dapat jadi cover girl dapat jadi model ni pun jadila..Hahaha..Saja suka-suka la kan;p Hah, kat bawah ni aku letak beberapa gambar yang diambil.. Manalah tau ada yang berkenan nak beli, ye tak?;p

Selendang Pelangi harga RM 9 sehelai (tak termasuk bayaran pos).

Ha..ni selendang Butang harga RM15 sehelai (tak termasuk bayaran pos).

Hah..kepada sesiapa yang berminat especially student dan kawan-kawan UTM boleh la buat tempahan kat aku atau PM aku kat facebook aku tuh.. Ok, dats all;). Papaiiiiii..........

Snag a button