Monday, June 27, 2011

30 Tentang Wanita

Dulu aku suka copy nasihat2 daripada internet untuk dijadikan bahan bacaan tatkala buhsan. Yang ni aku tak ingat nak copy URL page yg aku ambik tapi rasanya da berlambak pun senarai 30 Tentang Wanita ni kalau searcg kat Google. Ok la, daripada berhabuk2 dalam external disc aku tuh, ape kate aku share gak kat sini.... Yang mana dah tau tu duk diam2 taw. Ehem. Ni untuk yang belum tahu lagi..Kat tepi tuhh aku bagi komen aku tentang pendapat aku kat fakta tu.Ehehehehe..

30 TENTANG WANITA

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (Betul)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (Betul)

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). (Betul)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (Betul)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! (Err...xmo komen, malu2)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. (Tak jugak...Kalo aku lah org puji xbertempat aku jadi naik menyampah ade la..tapi kalo puji betul i senyum lebar jek. Ehem.)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. (Betul)

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. (Betul2)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (Err..kadang2 ada betulnya..)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. (Sape yg suke org kate die tu xbergune??-,.-)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (Ikut situasi.)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (Hahahaha...betul kot-,.-)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. (Depends kepada jenis perwatakan girl la. Kalo aku, org senyum tuh bese r xde makne ape pon unless dari someone special. Ehem)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. (Ada baiknye macam ni untuk kenal hati pewot, jantung, limpa bla bla bla...)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (Yup, tapi kalo aku xlayan langsung sebab takut orang tu mengharap dan aku mmg xbrapa pandai dan xsuka nak bagi alasan untuk tolak hati org takot depa sakit ati..takut sgt-,.-)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. (Betol2 *macam Upin Ipin)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri! (Yup, baik tanya direct)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (Hehehehe..Malu2 =”>)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (Hahaha..xjuga, yg penting tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan dari hati dan bukannya hangat2 taik ayam yg mana kalo dah dapat dibiorkan je. HampehhhT.T)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. (Betul juge...xsame kelas pun kalo tgok gambar dia ramai2 mesti cari gmbar si dia dulu..hehehehe..)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya! (Sudah tentu =)

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (Betul lah!)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (Yup..hanya kwn yg betul2 rapat dan boleh aku percayae je baru aku cerita pape hal aku..tapi kalo xde sape2 tuh yg selalu menangis sorang2 tuh sebab pendam sendri. Whoopps!)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (Tau xpe. Serabut je. Nak2 kalo lelaki tu lelaki yg dia minat, mmg sakit ati la gul tuh)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (Totally agree)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (Yup..)

27. Senjata wanita adalah airmata! (Untuk certain girl yg mengada2. Saye tak2-,.- mane de, i nangis kat belakang2 je..tapi kalo terkuar gak depan2 tuh mate i gatal masuk habuk=p)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (Yup, surprise yg membahagiakan je..bukan surprise yg mengejutkan hati, jantung dan limpa..contohnye tetibe nk mintak breakup or tetibe nak g kuar jumpe ex='( )

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah… (Err...tak juga. Maybe ade certain2..)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (Setujulah!).

So, buat jejaka2 hottzz diluar sana yang mahu memikat gadis yang terpahat dalam hati tu tunggu ape lagi??;) Selamat berjaya!

Friday, June 24, 2011

Bukan Bunga Bintang Kejora

Bukan itu diri ku
Kerana aku tidak se gah namanya
Aku hanya bunga biasa

Diri ku hanya umpama bunga mawar
Mekar harum jika elok dijaga
Namun bisa layu jika terabai

Duri ku pelindung dari onar
Agar diri ku terpelihara
Usah disentuh andai takut jari mu terluka

Cantik dipandang, namun rumit dijaga
Jika aku hanya meremehkan
Usah ditanam diri ku di laman taman

Jika mahu kuntum ku segar memekar
Bajailah aku, siramilah aku, cahayakan aku
Kerana aku bunga biasa yang perlu itu

Diri ku hanya umpama mawar
Yang tumbuh di muka bumi Allah
Bukan bunga di bintang kejora.

Saturday, June 18, 2011

Erkhh...

Tak jadi tukar URL blog nih, da tukar balik kepada asal memandangkan da ramai kawan2 tau alamat URL nih-,.- hehehe.. http://www.zitainra.blogspot.com

Tuesday, June 14, 2011

PELIK KE BILA KITA TERLEBIH MEMINATI SESUATU?

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Setiap manusia juga mempunyai sesuatu yang menjadi kesukaan dan minatnya. Mungkin fanatik terhadap sesuatu. Begitu juga aku. Kadang2 orang rasa kita ni pelik sebab suka sesuatu yang pelik. Mungkin kot. Macam aku, aku sangat suka melihat sesuatu yang lutsinar (jernih) atau separa lutsinar (agak fanatik jugalah). So, aku mudah tertarik dengan sesuatu benda tuh mungkin sebab ia lutsinar dan cantik bagi aku. Suka sangat sebab ia jernih, nampak bercahaya dan menarik. Bagi aku la.. Mungkin ada yang kata pelik, mungkin sebahigian kata tak kisah. Well, setiap orang ada pendapat tersendiri. Di sini aku nak share sikit benda2 lutsinar yang aku suka. Jommmm.

1. Batu kristal dan lain-lain batu permata.

2. Guli dan batu kaca.

3. Gula-gula dan jeli.

4. Jem.

5. Syampu rambut, syampu badan dan sabun.

6. Jel rambut.

Hah...Ni antara contoh benda yang boleh menarik minat aku dan aku rasa cantik disebabkan ia bersifat lutsinar atau separa lutsinar. Kalau ikutkan banyak lagi dan mungkin bagi korang ia nonsense. Contohnya gigi zip yang lutsinar pun aku rase cantik-,.-. Well..setiap orang ada minatnya yang tersendiri kan? Cuma kadangkala ada yang tak masuk akal. Hehehe..Ini lah dunia, macam2 manusia ada. So, apa lak yang korang minat/suka (fanatik)?

Uniknya CHESS

Chess merupakan permainan kegemaran aku, tetapi jarang nak main sebab jarang kawan2 aku yang tahu main chess. Biasanya permainan chess ni akan bertukar jadi permainan dam aji sebab tu aje yang kebanyakan kawan2 aku tahu untuk bermain-,.-. Aku tak terer pun main chess, tapi aku suka chess sebab ia unik bagi aku.Aku ingat lagi masa kat asrama aku dulu punyalah gatal tangan nak main chess kebetulan aku ada satu set chess yang aku bawak dari rumah ke asrama tapi board dia dah rosak agak kuciwa la. Tapi naseb baik la tikar getah kat bilik aku tuh berpetak2. So, aku ape lagi aku ambik la tape kaler hitam dan wat macam ala2 petak chess.

Gambar ini sekadar ilustrasi.Lebih kurang camni la rupenye yang aku wat tapi betul2 kat tengah2 tikar getah tu.

Sekarang aku ada satu chess set kristal biasa (aku sangat suka barangan yang lutsinar atau separa lutsinar) tapi jarang main jugak sebab tak ada kawan yang nak main. Dapat pegang2 chess aku ni pun jadi la..Selain menguji minda untuk mengatur strategi bagi mengalahkan lawan, ia juga unik kerana bentuk buah2 dan papannya boleh dalam pelbagai bentuk yang menarik dan juga boleh dijadikan hiasan mewah malah sebagai hadiah. Ada yang bentuk rumah, burung dan macam2 lagi. Tak percaya? Jom kita lihat koleksi gambar2 chess yang menarik di bawah ini;) (sumber diambil dari Google image=p).

1.
LED CHESS SET

2.

AIR CHESS SET

3.
BRENT BLAKES ELECTRIC CHESS SET

4.
CELESTIAL CHESS SET

5.
HIGH OCTANE CHESS SET

6.
MONEY CHESS SET

7.
ENDANGERED PARROTS CHESS SET

8.
VIGAR CHESS SET

9.
STUART MCFARLANE CHESS SET

10.
WHITEREAD MODERN CHESS

Ha..macam2 ada..uih, kalo ada buah2 chess diperbuat daripada emas dan platinum pastu boardnya lak diperbuat daripada kristal pergghhh.....bapak kaye..ok la, itu saja yang aku nak kongsi setakat ni.. Banyak lagi bentuk chess yang lagi menarik kat luar sana tuh.
Ape susah, taip je kat google image;) macam2 ade..

Saturday, June 11, 2011

KEM BERTERUSAN PALAPES

Gambar2 kenangan bersama dak2 skuad aku;) Tapi xbyk pun gambar2 dengan diorang -,.-

Monday, June 6, 2011

Aku dan Makcik Cleaner

Pagi tadi tengah duduk mengemas, aku terfikir manalah la nak letak stok gula pasir + teh Boh+ Majerin aku nih yang xhabis. Nak bawak balik umah, barang dalam beg macam penuh. Then, keluar bilik jap usha2 la mana la tau ada mak cik cleaner lalu-lalang nak mintak beg plastik hitam nak wat bungkus barang2 yang dah packing nak susun satu tempat.

Maka lalulah seorang makcik cleaner warga indonesia yang memang aku selalu nampak dia yang bersihkan kawasan ni. Lalu aku pun meminta 2 beg plastik hitam kat makcik tu. Mesra gila makcik ni. Kemudian da sampai bilik baru aku terdetik apa kata aku bagi ja stok aku nih kat makcik tadi.

Then, aku bergegas keluar membawa beg plastik berisi stok gula pasil n lain2 tuh mencari makcik tadi. Pusing-pusing cari, ada pun. Aku menyapa makcik tadi, " Makcik nak tak stok gula saya ni?", dengan senyum lebar dan kegirangan makcik tu kata, "Mau nak, mana tidak mau orang memberi," aku agak sedikit kagum dengan kata-kata dia sebab dia sudi terima dengan hati berbunga-bunga.

Lalu aku pun memberikannya kepada makcik itu dan makcik berkata, "Terima kasih ya nak, moga dipanjangkan rezeki," aku yang mendengar agak terharu bercampur sayu sebab dah la makcik tu sudi terima dengan hati berbunga-bunga macam dapat hadiah malah mendoakan aku atas pemberian aku yang tak seberapa ini..

Moral yang aku nak bagitahu adalah sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Kadang2, benda yang kita dapat tapi kita tak nak itu merupakan rahmat bagi orang lain kalau dia dapat..Cuma kita kadang2 tak bersyukur dengan apa yang kita ada..malah suka merungut-rungut yang ini tak cukup, sana tak cukup.. Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. InsyaAllah..

Berdiam Diri

Kadangkala..
Berdiam diri itu lebih bermakna daripada berkata-kata,
Memandangkan tidak semua orang sudi mendengar kata-kata kita..

Kadangkala..
Berdiam diri itu bukan bermakna mengundur diri,
Tetapi memberi ruang dan waktu mengumpul kekuatan diri..

Kadangkala..
Berdiam diri itu mampu menjernihkan keadaan yang keruh,
Apabila berkata-kata itu hanya menyakitkan dan melelahkan..

Kadangkala..
Berdiam diri itu memberi ruang kepada pihak yang lain untuk berfikir,
Apabila sesuatu perkara tidak mampu digambarkan dengan kata-kata..

Dan bila seseorang itu memilih untuk berdiam diri
Sudah tentu mempunyai sebabnya sendiri
Berilah ruang dan waktu kepadanya untuk menyendiri
Kerana kadangkala berdiam diri itu adalah antara pilihan kepada haluan diri..

:::Kadangkala, berdiam diri itu adalah lebih baik:::

Sunday, June 5, 2011

Ketakutan Diri

Salam semua. Hari ini aku ingin menyatakan betapa aku sangat bimbangkan pada masa depan.. Pada diri aku dan keluarga.. Sekarang ni terlalu banyak perkara menakutkan yang berlaku.. Macam-macam kes yang terpapar di dada akhbar sehinggakan aku tak sanggup nak tengok pun akhbar mahupun membacanya.. Hampir setiap hari semua itu menjadi tatapan utama para pembaca..Kes pembunuhan, pembuangan bayi, penzinaan, remaja rosak akhlak, gosip artis dan macam-macam lagi yang menakutkan dan menjengkelkan.. Seolah-olah tidak ada perkara yang baik dalam masyarakat kita yang boleh disajikan kepada para pembaca..

Jarang sekali kita disajikan dengan hal-hal yang bersifat kemanusiaan.. Bagi aku, sesuatu media tidak kira media elektronik mahupun cetak perlu juga menekankan aspek budaya baik yang boleh dicontohi memandangkan negara kita hari ini kerap dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial yang menakutkan dan kian meruncing terutama dalam kalangan remaja..

Mengapa tidak media cetak iaitu suratkhabar memaparkan kejayaan remaja melayu kita dalam apa jua bidang bermanfaat sebagai paparan utama supaya menjadi contoh kepada anak-anak muda zaman sekarang tetapi memilih untuk mengambil cerita remaja yang rosak akhlak sebagai tatapan utama? Kenapa tidak akhbar memilih cara-cara untuk mengharmonikan rumahtangga atau memaparkan sebuah keluarga yang bahagia dan juga rahsia kebahagiaan keluarganya kepada umum tetapi memilih untuk memaparkan cerita penceraian dan krisis rumahtangga terutama tentang golongan artis? Kenapa tidak menjadikan cara didik anak-anak sebagai tatapan umum tetapi memilih untuk memaparkan cerita anak-anak remaja yang rosak akhlak sebagai bacaan utama?

Semakin jarang kita lihat akhbar melayu kita hari ini yang menjadikan paparan-paparan contoh yang baik sebagai tatapan utama pembaca. Ya, mungkin ada tetapi tidak banyak. Mungkin juga untuk meraih pembelian akhbar dan menjadi akhbar no. 1 pilihan negara menjadi penyebab media cetak berlumba-lumba untuk memaparkan cerita-ceritta 'terkini dan sensasi'. Aku tau, sapalah aku untuk bersuara.. Atau mungkin aku sahaja aku yang berfikiran begini tetapi tidak bagi orang lain.. Apa-apa pun ini adalah sekadar coretan untuk berkongsi mengenai apa yang aku rasakan.

Serius aku kata, kadang-kadang aku tak sanggup pun nak baca akhar Harian Metro. Nak pegang pun takut dek kerana cerita 'sensasi' yang dijadikan paparan utama di dada akhbar. Perkara pertama yang bermain difikiran aku lepas baca aku akan terfikir macamna lah keadaan zaman anak-anak aku akan datang (terlalu jauh berfikir -,.-) kerana zaman aku ni pun dah terlalu mencabar bagi aku. Risau dan sangat takut tak mampu nak jaga bakal anak-anak aku (kalau sempat la=p). Sampaikan aku pernah berdoa minta Allah ambil nyawa aku lebih awal if aku tak mampu hadapi cabaran masa depan.. Nauzubillah...Teruk betul aku nih.. Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanya buat yang terbaik untuk kesejahteraan keluarga aku dan mendoakan kesejahteraan keluarga juga insan-insan yang tersayang dan sahabat taulan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

Snag a button