Monday, June 6, 2011

Aku dan Makcik Cleaner

Pagi tadi tengah duduk mengemas, aku terfikir manalah la nak letak stok gula pasir + teh Boh+ Majerin aku nih yang xhabis. Nak bawak balik umah, barang dalam beg macam penuh. Then, keluar bilik jap usha2 la mana la tau ada mak cik cleaner lalu-lalang nak mintak beg plastik hitam nak wat bungkus barang2 yang dah packing nak susun satu tempat.

Maka lalulah seorang makcik cleaner warga indonesia yang memang aku selalu nampak dia yang bersihkan kawasan ni. Lalu aku pun meminta 2 beg plastik hitam kat makcik tu. Mesra gila makcik ni. Kemudian da sampai bilik baru aku terdetik apa kata aku bagi ja stok aku nih kat makcik tadi.

Then, aku bergegas keluar membawa beg plastik berisi stok gula pasil n lain2 tuh mencari makcik tadi. Pusing-pusing cari, ada pun. Aku menyapa makcik tadi, " Makcik nak tak stok gula saya ni?", dengan senyum lebar dan kegirangan makcik tu kata, "Mau nak, mana tidak mau orang memberi," aku agak sedikit kagum dengan kata-kata dia sebab dia sudi terima dengan hati berbunga-bunga.

Lalu aku pun memberikannya kepada makcik itu dan makcik berkata, "Terima kasih ya nak, moga dipanjangkan rezeki," aku yang mendengar agak terharu bercampur sayu sebab dah la makcik tu sudi terima dengan hati berbunga-bunga macam dapat hadiah malah mendoakan aku atas pemberian aku yang tak seberapa ini..

Moral yang aku nak bagitahu adalah sesungguhnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Kadang2, benda yang kita dapat tapi kita tak nak itu merupakan rahmat bagi orang lain kalau dia dapat..Cuma kita kadang2 tak bersyukur dengan apa yang kita ada..malah suka merungut-rungut yang ini tak cukup, sana tak cukup.. Sama-samalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Snag a button