Friday, June 24, 2011

Bukan Bunga Bintang Kejora

Bukan itu diri ku
Kerana aku tidak se gah namanya
Aku hanya bunga biasa

Diri ku hanya umpama bunga mawar
Mekar harum jika elok dijaga
Namun bisa layu jika terabai

Duri ku pelindung dari onar
Agar diri ku terpelihara
Usah disentuh andai takut jari mu terluka

Cantik dipandang, namun rumit dijaga
Jika aku hanya meremehkan
Usah ditanam diri ku di laman taman

Jika mahu kuntum ku segar memekar
Bajailah aku, siramilah aku, cahayakan aku
Kerana aku bunga biasa yang perlu itu

Diri ku hanya umpama mawar
Yang tumbuh di muka bumi Allah
Bukan bunga di bintang kejora.

2 comments:

  1. kejora hanyalah angan2 tak seperti mawar mengharum di taman

    ReplyDelete
  2. Ya..kerana itu saya umpamakan diri saya dan kaum wanita sebagai bunga mawar dan bukan bunga bintang kejora yg hanya fantasi kaum lelaki sahaja=)

Snag a button