Sunday, June 5, 2011

Ketakutan Diri

Salam semua. Hari ini aku ingin menyatakan betapa aku sangat bimbangkan pada masa depan.. Pada diri aku dan keluarga.. Sekarang ni terlalu banyak perkara menakutkan yang berlaku.. Macam-macam kes yang terpapar di dada akhbar sehinggakan aku tak sanggup nak tengok pun akhbar mahupun membacanya.. Hampir setiap hari semua itu menjadi tatapan utama para pembaca..Kes pembunuhan, pembuangan bayi, penzinaan, remaja rosak akhlak, gosip artis dan macam-macam lagi yang menakutkan dan menjengkelkan.. Seolah-olah tidak ada perkara yang baik dalam masyarakat kita yang boleh disajikan kepada para pembaca..

Jarang sekali kita disajikan dengan hal-hal yang bersifat kemanusiaan.. Bagi aku, sesuatu media tidak kira media elektronik mahupun cetak perlu juga menekankan aspek budaya baik yang boleh dicontohi memandangkan negara kita hari ini kerap dikejutkan dengan pelbagai masalah sosial yang menakutkan dan kian meruncing terutama dalam kalangan remaja..

Mengapa tidak media cetak iaitu suratkhabar memaparkan kejayaan remaja melayu kita dalam apa jua bidang bermanfaat sebagai paparan utama supaya menjadi contoh kepada anak-anak muda zaman sekarang tetapi memilih untuk mengambil cerita remaja yang rosak akhlak sebagai tatapan utama? Kenapa tidak akhbar memilih cara-cara untuk mengharmonikan rumahtangga atau memaparkan sebuah keluarga yang bahagia dan juga rahsia kebahagiaan keluarganya kepada umum tetapi memilih untuk memaparkan cerita penceraian dan krisis rumahtangga terutama tentang golongan artis? Kenapa tidak menjadikan cara didik anak-anak sebagai tatapan umum tetapi memilih untuk memaparkan cerita anak-anak remaja yang rosak akhlak sebagai bacaan utama?

Semakin jarang kita lihat akhbar melayu kita hari ini yang menjadikan paparan-paparan contoh yang baik sebagai tatapan utama pembaca. Ya, mungkin ada tetapi tidak banyak. Mungkin juga untuk meraih pembelian akhbar dan menjadi akhbar no. 1 pilihan negara menjadi penyebab media cetak berlumba-lumba untuk memaparkan cerita-ceritta 'terkini dan sensasi'. Aku tau, sapalah aku untuk bersuara.. Atau mungkin aku sahaja aku yang berfikiran begini tetapi tidak bagi orang lain.. Apa-apa pun ini adalah sekadar coretan untuk berkongsi mengenai apa yang aku rasakan.

Serius aku kata, kadang-kadang aku tak sanggup pun nak baca akhar Harian Metro. Nak pegang pun takut dek kerana cerita 'sensasi' yang dijadikan paparan utama di dada akhbar. Perkara pertama yang bermain difikiran aku lepas baca aku akan terfikir macamna lah keadaan zaman anak-anak aku akan datang (terlalu jauh berfikir -,.-) kerana zaman aku ni pun dah terlalu mencabar bagi aku. Risau dan sangat takut tak mampu nak jaga bakal anak-anak aku (kalau sempat la=p). Sampaikan aku pernah berdoa minta Allah ambil nyawa aku lebih awal if aku tak mampu hadapi cabaran masa depan.. Nauzubillah...Teruk betul aku nih.. Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanya buat yang terbaik untuk kesejahteraan keluarga aku dan mendoakan kesejahteraan keluarga juga insan-insan yang tersayang dan sahabat taulan di dunia dan akhirat.. InsyaAllah..

2 comments:

  1. sama2lah kita berdoa agar dijauhkan drpada perkara2 yg tidak baek..smoga kita dan kluarga kita dilindungi Allah..:)

    ReplyDelete
  2. Ya,mudah2an...sama2 la kita mendoakan ya..=)

Snag a button