Wednesday, November 30, 2011

LADIES, SILA BERHATI-HATI

Ini aku nak kongsi satu cerita. Kita sebagai wanita, perlu sentiasa peka dengan sekeliling kita. Ini penting untuk keselamatan diri. Siapa lagi yang nak bantu lindungi kita melainkan diri kita sendiri? Kita dikatakan insan yang lemah (fizikal). Oleh itu, kebanyakan mangsa bagi manusia rakus adalah dalam kalangan wanita. Kita kadang-kadang mudah terdedah dengan pelbagai bahaya. Menakutkan. Sekarang ini macam-macam kes boleh jadi. Ok, tak nak cakap banyak, nak kongsi cerita sedikit.

Petang tadi, selepas kumpul data yang diperlukan untuk satu esaimen group ni aku pergi la lepak kat sebuah pasaraya ni seorang diri. Aku lepak sebab nak menunggu rumet aku. Kemudian aku usha-ushalah kedai-kedai kasut kat situ. Ada satu kedai kasut ni baru sahaja di buka sebab aku tak pernah nampak pun sebelum ni.

Disebabkan harganya yang murah, aku usha-ushalah kasut kat situ. Nak beli kasut biasa untuk dilanyak pergi kuliah. Tengah aku duk usha-usha n test kasut tu, datanglah seorang pekerja lelaki kedai kasut ni. Muka hensem gak, lingkungan 20an, dari Kelantan berdasarkan dialek dia bercakap dengan aku tapi muka macam baik tak baik memandangkan dia memakai rantai silver err ape ntah tak reti la nak cakap(ok, ini hanya pandangan mata).

Tengah duk usha-usha kasut, dia duk puji, "Saya xpernahlah tengok orang test kasut cantik", yang aku faham dia puji kasut tu cantik. Then aku balas, "Amboihh, manisnye mulot..", sambil senyum-senyum kat brader tuh. Ala, biasalah ayat mengayat gades2 untuk membeli lew tew. Gile la nak caye. "Eh, mane ade manis..Xde gula kat mulut kite," kata dia. Aku pun balas, "Ambik la tebu kasi manis mulut tu", sambil memberikan senyuman maut, sengalnye aku jawab merapu. Hahaha!

Ok, dipendekkan cerita. Lepas da berkenan dengan kasut-kasut ni, aku try la tanya brader tu, "Beli 2, xde diskaun ke bang?", waicehhhh! Aku panggil abg. Geli siottt. Abg kandung pun aku panggil name manje je-,.-. Tapi mau dapat diskaun, xde hal la..Hahahaha! Biasala, orang perempuan. Ehem. Ok, balik kepada topik,

"Kite bagi RM35," kate brader itu. Aku tanya balik dia, sepasang berapa harganya. Tapi dia jawab, "Kite bagi RM30 lah 2 pasang," wah..aku apa lagi, gembiralah dapat lagi kurang. "2 pasang RM30 kan bang..?Ok lah, saya ambil 2," saja aku mematikan harga yang ditawarkan. Aku pun hulurkan la 2 pasang kasut tu kat dia. Masa ambil tu, dia tersentuh tangan aku. Aku tak pasti samada dia sengaja atau tidak. Dia dengan gurau gediknya berkata, "Ala, batal air sembahyang kite," sengalnye dia. Lalu aku membalas, "Ala, pegi jela toilet g ambik wudhuk-,.-," balas aku melayankan gurauan basi brader tu. Tapi yang tak boleh blah tuh mase dia bagi bungkusan kasut tu balik kat aku. Tangan kanan dia hulur bungkusan tu, pada masa sama tangan kiri dia pegang tangan aku masa nak ambil. Perghhhh, giler gatal brader nih. Aku cepat-cepat ambil bungkusan tu , ucap terima kasih then terus blah tanpa tengok dia.

Bukan aku tak marah. Mestilah. Rasa nak saja kasi penampar. Cuma aku tetiba terfikir takut kena pukau. Setahu aku pukau tu boleh dibuat dengan macam-macam cara dan antaranya adalah melalui sentuhan. Sebab tu aku terus blah cepat-cepat tanpa tengok pun kat dia. Serius takut. Takut lah kan mana tahu orang ada niat jahat kat kita. Biasanya kita dengar cerita orang lain. So, kita yang dah tahu ni patut ambil tindakan awal dan berjaga-jaga sebelum terlambat. Kadang-kadang, kita tak terfikir pun yang orang tu boleh pukau kita dengan cara itu. Manusia sekarang ni da bermacam-macam jenis. Macam-macam taktik digunakan untuk mencari mangsa. Lebih membimbangkan sasaran mangsa kebanyakkannya daripada golongan wanita.

So, nasihat buat wanita-wanita, gadis-gadis dan perempuan-perempuan di luar sana adalah sentiasa lah berwaspada dalam apa jua keadaan sekalipun demi keselamatan kita.. Ok, chow. Adios. Berambus.

No comments:

Post a Comment

Snag a button