Wednesday, July 30, 2014

Si Pari Pari

Pernah dengar apa itu si pari-pari?

Ya, dalam cerita dongeng kanak-kanak.

Si kecil yang bersayap dan ada kuasa magis.

Bila dalam kesusahan, pasti si pari-pari datang membantu.

Ah, tapi itu hanya dongeng.

Mana mungkin si pari-pari wujud dalam nyata.

Dia wujud hanya dalam imaginasi.

:::begitulah aku padamu::

Maaf

Maaf itu tidak perlu tunggu orang meminta.
Kalau ikhlas maafkan sahaja.
Bukankah itu lebih mulia?

Monday, July 28, 2014

Ang Pow Di Hari Raya

Amboih adik bongsu guwa.

Mujur guwa bagi ang pow not kaler oren.

Demand minta not kaler ungu.

Selamber guwa cakap,
"Tunggu akak kahwin lelaki ada motor Hayabusa dan berkereta Mazda 6, tahun depan," kata guwa sambil hulur tangan untuk bersalaman dan hulur ang pow.

Dan dia jawab, "Betul ke??," balas dia.

Apalah adik guwa ni-,-"

Sunday, July 27, 2014

Percaya atau tidak?

Percaya atau tidak kebanyakan pasangan kekasih yang bertanyakan khabar di laman sosial secara terangan seperti di wall Facebook sebenarnya mengalami masalah dalam komunikasi dan jarang berinteraksi? Ini kerana kebiasaannya kita akan bertanyakan khabar di laman sosial dengan teman yang jarang kita jumpa dan berinteraksi.

Pasangan kekasih yang bahagia jarang menunjukkan kemesraan komunikasi mereka di laman sosial dan lebih kepada menjaga privasi hubungan mereka.

Cinta

Kadangkala kita terlalu cari cinta manusia

Kadangkala kita terlalu mengejar cinta manusia

Kadangkala kita terlalu agungkan cinta manusia

Tapi acapkali kita lupa cinta Allah kepada semua makhlukNya..

:::Seorang Insan Yang Alpa:::

Saturday, July 26, 2014

Mimpi

Aku bermimpi seorang lelaki
Sudah 2 hari.
Tapi aku tidak nampak wajahnya dengan jelas.
Kelihatan seperti dia mencari aku.
Tapi kenapa aku menyorok?
Dan dia tetap cari aku sampai jumpa.
Ahh, mimpi kan mainan tidur.
Biarkan sahaja ia berlalu pergi.
Sambung tidur balik, esok mahu pergi kerja.

Friday, July 25, 2014

Hipokrit

Kau yang hipokrit
Atau aku yang hipokrit?

Aku tahu permainan kau
Tapi kau tidak tahu yang aku tahu

Kau dengan permainan kau
Dan aku layankan permainan kau

Bila suatu masa, kau tanya aku
Adakah aku mainkan kau

Eh, aku yang patut tanya kau
Tapi aku tidak mahu jadi macam kau

Makanya permainan ini harus bernoktah
Cukup setakat ini permainan kita

Kerana masa aku sangat berharga untuk dibazirkan dengan orang macam kau

Noktah.

:::Hipokrit dilawan hipokrit, makanya jadi apa?::: (Zita Inra,2014)

Snag a button